Tuesday, April 14, 2015

Sejarah Perakaunan Secara Ringkas

  • Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada tahun 3500 SM, catatan tersebut dibuat pada kepingan tanah liat.
  • Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan papyrus (kertas) dan calamus (pen).
  • Kemudian sistem angka Hindu-Arab digunakan dalam rekod perakaunan pada tahun 850 SM.
  • Sistem catatan bergu bermula di Itali padaabad ke-14 untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang.
  • Sistem catatan bergu telah dicipta oleh Luca Pacioli, seorang ahli matematik dan rahib Francisca yang berbangsa Itali.  



  • Luca Pacioli dikenali sebagai bapa perakaunan kerana terbitan buku matematiknya berjudul Summa de Arithmetica, Geometria dan Proportioni et Proportionalita. 
  • sebahagian daripada buku tersebut mengandungi huraian sistem catatan bergu yang digunakan dalam rekod perakaunan sehingga masa sekarang.
  • Pada abad ke-18, perakaunan kos telah diperkenalkan bagi memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang pesat.
  • Pada abad ke-19 dan ke-20, bidang perakaunan telah mencapai taraf profesional. Badan perakaunan ditubuhkan  untuk mencapai taraf minimum kelayakan profesional perakaunan.
  • Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa atau International Accounting Standards Committee (IASC) telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan.
  • Pada masa sekarang, perakaunan sosial telah diambil kira memandangkan perniagaan telah memberi kesan terhadap masyarakat.
  • Di negara kita, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau Malaysian Accounting Standard Board (MASB) telah ditubuhkan untuk menerbitkan piawaian perakaunan dan menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan.

No comments:

Post a Comment