Friday, April 17, 2015

Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja



PENGERTIAN DAN PENGELASAN  


ASET

  • Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;


1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)

o  Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
o    Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.
o   Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).

2. Aset Semasa


o  Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
o    Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
o    Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.

LIABILITI

  • Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;


1. Liabiliti Bukan Semasa (Liabiliti Jangka Panjang)

  • Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
  • Contoh; pinjaman bank, gadai janji. 


    2. Liabiliti Semasa (Liabiliti Jangka Pendek)
  •  Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun.
  •  Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.



EKUITI PEMILIK

  • Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
  • Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
  • Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
  • Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.
  • Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
  •  MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH - RUGI BERSIH - AMBILAN


HASIL 

  •  Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;


1. Hasil Kendalian
  •  Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
  • Contoh; klinik, firma audit : hasil daipada perkhidmatan yang diberi, kedai jam : hasil diperolehi daripada hasil jualan jam.


2. Hasil Bukan Kendalian

  • Pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu perniagaan.
  • Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa.


BELANJA

  • Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
  • Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;


1. Belanja Kendalian
  • Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
  •  Contoh; sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.


2. Belanja Bukan Kendalian
  • Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan aset bukan semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.


28 comments:

  1. upah atas beliam , angkutan masuk , dan angkutan keluar terkandung dalam apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tu terkandung dalam income statement :)

      Delete
    2. angkutan masuk dan angkutan keluar belanja operasi ke atau belanja bukan operasi?

      Delete
    3. 1. Angkutan masuk
      - belanja yang terlibat dalam mengangkut barang-barang niaga dibeli masuk ke dalam perniagaan.
      2. Angkutan keluar
      - belanja yang terlibat mengangkut barang-barang dijual kepada pelanggan

      Delete
  2. upah dan gaji tergolong dlm belanja atau hasil?

    ReplyDelete
  3. ubahsuai pejabat seperti partition dan aircond termasuk dalam apa ya

    ReplyDelete
  4. Angkutan atas belian dan angkutan atas jualan masuk mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angkutan belian/ keluar adalah dalam AUDI dalam APUR. angkutan jualan/ masuk adalah tergolong dalam belanja.

      Delete
  5. Replies
    1. Aset semasa, disebabkan Hasil belum terima.

      Delete
  6. hutang lapuk belanja operasi ke atau belanja bukan operasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutang lapuk adalah belanja bukan operasi.

      Delete
  7. hutang lapuk terpulih hasil oerasi ke atau hasil bukan operasi?

    ReplyDelete
  8. maksud baki akaun semasa bawa hadapan dan baki akaun semasa hantar hadapan

    ReplyDelete
  9. Inventori awal alat tulis dan inventori akhir alat tulis dalam Apur atau pkk sebagai Aset Semasa ke?

    ReplyDelete
  10. Kalau sustnilai terkumpul lengkapan ape ye?

    ReplyDelete
  11. Klau susutnilai terkumpul ape ye?

    ReplyDelete
  12. Klau susutnilai terkumpul ape ye?

    ReplyDelete
  13. Klau susutnilai terkumpul ape ye?

    ReplyDelete
  14. Diskaun diberi,caj bank, komisen belum diterima terkumpul dlm mana

    ReplyDelete
  15. Maklumat yang diberikan sangat bermanfaat... terima kasih

    ReplyDelete
  16. insurans prabayar masuk dalam pkk ke ak untung rugi ye?

    ReplyDelete