Friday, April 17, 2015

Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja



PENGERTIAN DAN PENGELASAN  


ASET

  • Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;


1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)

o  Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
o    Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.
o   Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).

2. Aset Semasa


o  Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
o    Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
o    Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.

LIABILITI

  • Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;


1. Liabiliti Bukan Semasa (Liabiliti Jangka Panjang)

  • Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
  • Contoh; pinjaman bank, gadai janji. 


    2. Liabiliti Semasa (Liabiliti Jangka Pendek)
  •  Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun.
  •  Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.



EKUITI PEMILIK

  • Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
  • Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
  • Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
  • Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.
  • Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
  •  MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH - RUGI BERSIH - AMBILAN


HASIL 

  •  Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;


1. Hasil Kendalian
  •  Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
  • Contoh; klinik, firma audit : hasil daipada perkhidmatan yang diberi, kedai jam : hasil diperolehi daripada hasil jualan jam.


2. Hasil Bukan Kendalian

  • Pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu perniagaan.
  • Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa.


BELANJA

  • Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
  • Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;


1. Belanja Kendalian
  • Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
  •  Contoh; sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.


2. Belanja Bukan Kendalian
  • Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan aset bukan semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.


Badan-Badan Perakaunan Malaysia




 Lembaga PiawaianPerakaunan Malaysia (MASB)

  •   Dibentuk sebagai sebuah badan autoriti untuk membangunkan dan menerbitkan standard perakaunan bagi Malaysia.
  • Tujuannya untuk memastikan kualiti dan penguatkuasaan standard-standard perakaunan.
  • Mempunyai satu badan penasihat yang dikenali sebagai ‘Financial Reporting Foundation’ (FRF)yang berperanan sebagai penasihat perkara pelaporan kewangan, mengawasi operasi MASB,menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan operasi.








Institut Akauntan Malaysia(MIA)



  • Ditubuhkan pada 1967, sebaik sahaja Akta Akauntan 1967 dikuatkuasakan.
  • Diberikan kuasa mutlak dalam pengiktirafan kelulusan untuk 10 buah badan perakaunan luar negara dan satu badan perakaunan tempatan (MICPA) serta kesemua ijazah perakaunan dari IPTA. yang terpilih.
  • Menjadi badan untuk mengawal selia para akauntan supaya mematuhi peraturan dan etika profesion perakaunan.




Institut Akauntan Bertauliah Malaysia (MICPA)

  • Ditubuhkan pada 1958.
  • Bertanggungjawab melatih akauntan-akauntan bertauliah.
  • Terlibat secara aktif dalam penyelidikan, pembangunan dan pengumuman berkaitan dengan perakaunan pengauditan dan standard-standard pelaporan sejak tahun 2002.


Perkongsian



Pengertian Perkongsian

  • Perkongsian ialah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 20 orang pekongsi.
  • Perkongsian yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti perakaunan, perubatan dan guaman, bilangan ahlinya boleh mencapai sehingga maksimum 50 orang.
  • Dalam perkongsian, keuntungan atau kerugian akan dibahagikan antara pekongsi mengikut Ikatan Perjanjian atau Akta Perkongsian 1961.
  • perkongsian berbeza dengan milikan tunggal kerana pemilik perniagaan milikan tunggal memperoleh semua keuntungan atau menanggung semua kerugian.
  • Cukai pendapatan perseorangan akan dikenakan kepada pemilik tunggal dan pekongsi atas keuntungan yang diperoleh, kadar cukai adalah berbentuknprogresif berdasarkan jumlah pendapatan.
  • Terdapat dua jenis perkongsian iaitu perkongsian biasa dan perkongsian berhad.
  • Dalam perkongsian biasa, semua pekongsi akan menanggung liabiliti yang tidak terhad seperti pemilik milikan tunggal. Harta persendirian boleh dituntut untuk membayar hutang perkongsian.
  • Dalam perkongsian berhad, pekongsi mempunyai liabiliti terhad di mana mereka hanya menanggung kerugian setakat modal yang disumbangkan.
  • Ada dua jenis pekongsi dalam perkongsian iaitu pekongsi aktif dan pekongsi lelap.
  • Pekongsi aktif dapat mengambil bahagian secara aktif dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Pekongsi lelap pula hanya menyumbang modal tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
  • Perkongsian juga mudah ditubuhkan seperti milikan tunggal, iaitu didaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapat lesen daripada ajlis Kerajaan Tempatan. Ia tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).
  • Perlaksaan perniagaan perkongsian adalah berdasarkan kepadaAkta Perkongsian 1961 atau Ikatan Perkongsian.
  • Lazimnya, perjanjian perkongsian akan dibuat apabila sebuah perkongsian diwujudkan. Perjanjian ini disebut sebagai Ikatan Perjanjian.
  • Antara syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian ialah:

1.    Nama, alamat dan bentuk perniagaan.
2.    Bilangan pekongsi dan namanya.
3.    Jumlah sumbangan modal oleh setiap pekongsi.
4.    Jumlah ambilan yang boleh dibuat oleh pekongsi.
5.    Pembahagian untung atau rugi oleh pekongsi.
6.    Kadar faedah atas modal.
7.    Kadar faedah atas ambilan.
8.    Kadar faedah atas pinjaman daripada pekongsi.
9.    Gaji, elaun, bonus dan faedah lain kepada pekongsi.
10.Tempoh masa kewujudan pekongsian.
11.Bidang kuasa pekongsi.
12.Cara menyimpan akaun.

  • Aktiviti perkongsian adalah dikawal oleh Akta Perkongsian 1961 sekiranya pekongsi-pekongsi tidak membuat sebarang perjanjian.
  • Perkara-perkara yang terkandung dalam akta tersebut ialah:

1.    Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pekongsi.
2.    Faedah sebanyak 8% setahun dibayar atas pinjaman daripada pekongsi.
3.    Tiada faedah dibayar atas sumbangan modal.
4.    Tiada faedah atas ambilan dibenarkan.
5.    Tiada bayaran upah, gaji, elaun atau bonus kepada pekongsi. 
6.    Setiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
7.    Sesiapapun tidak boleh diterima masuk sebagai pekongsi tanpa persetujuan pekongsi yang sedia ada.


Ekuiti Pemilik dan Akaun-Akaun dalam Perkongsian

  • Ekuiti pemilik ialah modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dan juga untung yang dilaburkan semula dalam perniagaan.
  • Bagi perniagaan perkongsian, sumbangan modal oleh pekongsi disebut sebagai ekuiti pemilik.
  • Dari segi catatan perakaunan, catatan urus niaga bagi perkongsian adalah sama seperti perniagaan milikan tunggal. Bezanya adalah dari segi merekod modal dan pembahagian untung rugi.
  • Setiap pekongsi disediakan satu Akaun Modal dan satuAkaun Semasa. Akaun-akaun Modal dan Semasa bagi setiap pekongsi ditunjukkan secara berasingan dalam Kunci Kira-kira.
  • Bagi perkongsian juga, ada satu akaun tambahan yang dinamakan Akaun Pengasingan Untung Rugi.
  • Akaun Pengasingan Untung Rugi ini disediakan selepas intung rugi bersih ditentukan dalam akaun penamat.
  • Akaun Pengasingan Untung Rugi digunakan untuk menunjukkan pembahagian untung rugi antara pekongsi-pekongsi selepas mengambil kira gaji pekongsi, faedah atas modal dan faedah atas ambilan.

       Akaun Modal
  • Setiap pekongsi dalam perkongsian disediakan satu Akaun Modal. Sumbangan modal pekongsi-pekongsi dikreditkan ke dalam Akaun Modal masing-masing
  • Terdapat dua kaedah merekod modal:
1.    Kaedah modal tidak tetap.
2.    Kaedah modal tetap.


   Akaun Semasa
  • Akaun Semasa ialah satu akaun tambahan kepada Akaun Modal. Ia digunakan untuk mencatat segala butir-butir yang akan mengurangkan atau menambahkan modal selain daripada sumbangan modal.
  • Butir-butir yang akan mengurangkan modal ialah apa yang harus dibayar oleh pekongsi-pekongsi kepada perkongsian.
  • Contoh butir-butir yang mengurangkan jumlah modal pekongsi ialah ambilan, faedah atas ambilan dan konsi rugi jika ada. 
  • Butir-butir yang akan mengurangkan jumlah modalnakan didebitkan ke dalam Akaun Semasa dalam kaedah modal tetap.
  • Butir-butir yang menambahkan modal adalah apa yang harus dibayar oleh perkongsian kepada pekongsian.
  • Contoh butir-butir yang menambahkan modal ialah faedah atas modal, faedah atas pinjaman, gaji, bonus dan kongsi untung.
  • Butir-butir yang menambahkan modal akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa.
  • Akaun Semasa yang mempunyai baki kredit menunjukkan perkongsian berhutang kepada pekongsian.
  •  Jika Akaun Semasa mempunyai baki debit, ini bermakna pekongsi berhutang dengan perkongsian.


 Pengiraan dan Cara Merekod 

        Faedah Atas Ambilan

  • Faedah atas ambilan ialah faedah yang dikenakan ke atas jumlah ambilan oleh pekongsi.
  • Faedah ini dikenakan untuk mengurangkan ambilan dikalangan pekongsi kerana ambilan akan mengurangkan modal dalam bentuk tunai atau aset.
  • Maka, Akaun Semasa pekongsi didebitkan dengan jumlah ambilan.
  • Faedah atas ambilan biasanya dikira secara peratus atas jumlah yang diambil.
  • Kadar faedah ke atas ambilan ditentukan dalam perjanjian perkongsian.
  • Walau bagaimanapun, dalam Akta Perkongsian faedah tidak dikenakan atas ambilan.
  • Catatan bergu bagi faedah atas ambilan:
          Dt. Akaun Semasa
                   Kt. Akaun Pengasingan


       Faedah Atas Modal

  • Faedah atas modal ialah faedah yang diberikan ke atas modal yang disumbangkan oleh pekongsi.
  • Kadar faedah ini juga ditetapkan dalam perjanjian perkongsian.
  • Pekongsi adalah tidak berhak menerima faedah atas modal menurut Akta Perkongsian.
  • Faedah atas modal dikira berdasarkan jumlah modal yang disumbangkan pada awal tempoh masa perniagaan.
  • Tujuan: untuk menggalakkan pekongsi menyumbang lebih banyak modal dan menerima lebih ganjaran kerana sumbangan modal.
  • Catatan bergu bagi faedah atas modal ialah:
          Dt. Akaun Pengasingan
                Kt. Akaun Semasa


Muhibah (goodwill) Dalam Perkongsian

  • Muhibah ditakrifkan sebagai keupayaan perniagaan untuk memperolehi keuntungan di masa hadapan.
  • muhibah sesebuah perniagaan mungkin wujud kerana sebab-sebab berikut:

          - tempat perniagaan yang strategik
          - jenis / barangan / perkhidmatan yang terkenal & berjenama
          - cap dagangan dan paten
          - monopoli dan separuh monopoli