Wednesday, April 15, 2015

Pengenalan-Kitaran Perakaunan



Kitaran perakaunan
 merupakan beberapa peringkat proses perakauan yang bermula daripada sumber dokumen sehingga catatan penutupJangka masa untuk satu kitaran perakaunan dilengkapkan dalam satu tempoh perakaunan.





  •  Peringkat 1: Dokumen sumber
Merekod urusniaga perniagaan ke dalam dokumen perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.


  •  Peringkat 2: Buku Catatan Pertama
Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.


  • Peringkat 3: Pengeposan ke Lejar
Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun dalam lejar.


  • Peringkat 4: Penyediaan Imbangan Duga
Mengimbangkan semua akaun-akaun dalam lejar dan kredit dalam Imbangan Duga.


  • Peringkat 5: Pelarasan
Membuat pelarasan pada akaun jika ada, selepas penyediaan Imbangan Duga.


  • Peringkat 6: Imbangan Duga Terlaras
Selepas pelarasan dibuat, Imbangan Duga disediakan semula.


  • Peringkat 7: Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata kewangan disediakan selepas Imbangan Duga diselaraskan. Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.


  • Peringkat 8: Catatan Penutupan

Catatan penutup dibuat dalam jurnal selepas penyediaan penyata kewangan.

2 comments: