Thursday, April 16, 2015

Organisasi Bukan Untung



Ciri-ciri asas organisasi bukan untung:
  • Mempunyai ahli 
  • Yuran sebagai sumber pendapatan organisasi 
  •  Menjalankan aktiviti untuk memenuhi keperluan dan kehendak ahlinya 


Di antara rekod yang diperlukan oleh organisasi bukan untung ialah:
  • Daftar ahli 
  • Buku yuran 
  • Minit mesyuarat 
  • Buku resit 
  • Buku tunai 
  • Jurnal dan lejar


Penyata kewangan bagi organisasi bukan untung terdiri daripada:
1.    Penyata penerimaan & pembayaran 
2.     Penyata pendapatan & perbelanjaan 
3.     Penyata kumpulan wang terkumpul 
4.     Kunci kira-kira


1) Penyata Penerimaan & Pembayaran

  • Juga disebut sebagai penyata wang masuk dan wang keluar. 
  • Prinsipnya sama seperti akaun tunai – meringkaskan urusniaga tunai diterima dan tunai dibayar. 
  • Merekod urusniaga tunai yang berlaku pada tahun semasa tanpa mengambilkira penerimaan dan pembayaran itu adalah untuk perkara-perkara yang terakru, prabayar ataupun semasa serta penerimaan atau pembayaran modal ataupun penerimaan dan pembayaran hasil.
  •  Contoh: 

Kelab Kebajikan Sinar Impian mempunyai tunai RM2 500 pada 1 Januari 20X1. Berikut adalah ringkasan buku tunai bagi tempoh berakhir 31 Disember 20X1.

Penerimaan                                                                 RM
Yuran ahli                                                                 10 500
Yuran masuk/pendaftaran                                            3 500
Derma                                                                       1 200


Pembayaran
Upah                                                                         6 600
Sewa                                                                         2 400
Utiliti                                                                        1 300
Majalah dan surat khabar                                               260
Belanja am                                                                   150

Dikehendaki:
Sediakan penyata penerimaan dan pembayaran bagi tahun 20X1.

Penyelesaian:


Baki akhir tunai akan dipersembahkan ke kunci kira-kira sebagai aset semasa.




2) Penyata Pendapatan dan perbelanjaan





Perbezaan Antara Urusniaga Modal & Hasil





Contoh:
Butir-butir berikut adalah diambil dari buku Kelab Kenu pada tahun 20X1.

                                                                 RM
             Yuran ahli                                 12 500
             Yuran masuk                                 620 (tidak dimodalkan)
             Hasil sewa                                     540
             Kutipan derma                               550
             Upah dan gaji                             5 300
             Utiliti                                         1 200
             Majalah dan surat khabar               450
             Percetakan dan pos                       670
             Hadiah dan cenderahati                  380
             Belanja am                                    190

Sediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi Kelab Kenu untuk tahun 20X1.

Penyelesaian:



Perbezaan Antara Penyata Penerimaan dan Pembayaran Dengan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan



3) Penyata Kumpulan Wang Terkumpul (KWT)

  • KWT juga dikenali sebagai dana terkumpul
  • Merupakan jumlah caruman daripada ahli organisasi bukan untung termasuk lebihan pendapatan atas perbelanjaan dan sumber-sumber modal seperti derma / hadiah yang hendak dimodalkan dan terimaan daripada projek-projek khas.
  • Penyata wang terkumpul menunjukkan kedudukan dana tersebut secara terperinci bagi tempoh tertentu.


*KWT awal - jumlah aset awal - jumlah liabiliti awal
  KWT akhir - jumlah aset akhir - jumlah liabiliti akhir

4) Kunci Kira-kira

  • Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan kumpulan wang terkumpul pada satu tarikh yang biasanya tarikh akhir sesuatu jangkamasa perakaunan.
  • Selain item-item seperti aset semasa, aset tetap dan liabiliti jangka panjang yang sama seperti dalam organisasi untung, ia mempunyai item kumpulan wang terkumpul atau dana terkumpul akan menggantikan ekuiti pemilik dalam Kunci Kira-kira.
  • Biasanya penyata wang terkumpul adalah penyata pilihan dalam penyata kewangan organisasi bukan untung.
  • Jika penyata kumpulan wang terkumpul tidak disediakan, maka kumpulan wang terkumpul dalam kunci kira-kra akan dilaporkan dengan lebih terperinci.


YURAN
  • Terdiri daripada yuran pendaftaran atau masuk dan yuran ahli.
  • Yuran ahli terdiri daripada yuran ahli tahunan dan yuran ahliseumur hidup.
  • Yuran-yuran ini boleh dikelaskan kepada:


Pelarasan Yuran:



1.    Pelarasan Yuran Ahli Biasa
Contoh: Berikut adalah maklumat yuran ahli sebuah kelab pada tahun 20X1:

Yuran Tertunggak
Yuran Terdahulu
1 Jan 20X1
RM 350
RM 150
31 Disember 20X1
RM 450
RM 200

Tunai yang diterima daripada yuran ahli biasa ialah RM4 450. Kirakan yuran bagi tahun 20X1.

Penyelasaian:



      2. Pelarasan Yuran Ahli Seumur Hidup
  • Ahli seumur hidup merupakan ahli yang mendapat keistimewaan tertentu dalam sesebuah organisasi.
  • Mereka tidak perlu membayar yuran tahunan kerana mereka hanya perlu membayar yuran keahlian seumur hidup yang jangkamasanya ditentukan oleh organisasi berkenaan.
  • Yuran ahli seumur hidup perlu dipermodalkan dan dilunaskan setiap tahun.
Contoh: Pada awal tahun 20X0, Kelab Basikal Utara telah menerima masuk 8 orang ahli seumur hidup yang membayar yuran sebanyak RM1 000 setiap seorang. Pihak kelab telah memutuskan bahawa yuran ini akan dilunaskan dalam masa 8 tahun.
Oleh itu, kadar pelunasannya ialah:
        = RM1 000 X 8 orang ahli
8 tahun
= RM 1 000 setahun

Setiap tahun selama 8 tahun, RM1 000 daripada akaun yuran ahli seumur hidup akan dipindahkan ke penyata pendapatan dan perbelanjaan sebagai pendapatan dan baki akhir akaun yuran seumur hidup iaitu RM7 000 seperti yang ditunjukkan dalam kunci kira-kira di bawah:





1 comment:

  1. If you're trying to lose weight then you have to start following this totally brand new custom keto plan.

    To create this service, licenced nutritionists, personal trainers, and professional chefs united to produce keto meal plans that are useful, painless, economically-efficient, and satisfying.

    Since their grand opening in 2019, thousands of people have already transformed their figure and well-being with the benefits a great keto plan can give.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones given by the keto plan.

    ReplyDelete