Friday, April 17, 2015

Perkongsian



Pengertian Perkongsian

  • Perkongsian ialah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 20 orang pekongsi.
  • Perkongsian yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti perakaunan, perubatan dan guaman, bilangan ahlinya boleh mencapai sehingga maksimum 50 orang.
  • Dalam perkongsian, keuntungan atau kerugian akan dibahagikan antara pekongsi mengikut Ikatan Perjanjian atau Akta Perkongsian 1961.
  • perkongsian berbeza dengan milikan tunggal kerana pemilik perniagaan milikan tunggal memperoleh semua keuntungan atau menanggung semua kerugian.
  • Cukai pendapatan perseorangan akan dikenakan kepada pemilik tunggal dan pekongsi atas keuntungan yang diperoleh, kadar cukai adalah berbentuknprogresif berdasarkan jumlah pendapatan.
  • Terdapat dua jenis perkongsian iaitu perkongsian biasa dan perkongsian berhad.
  • Dalam perkongsian biasa, semua pekongsi akan menanggung liabiliti yang tidak terhad seperti pemilik milikan tunggal. Harta persendirian boleh dituntut untuk membayar hutang perkongsian.
  • Dalam perkongsian berhad, pekongsi mempunyai liabiliti terhad di mana mereka hanya menanggung kerugian setakat modal yang disumbangkan.
  • Ada dua jenis pekongsi dalam perkongsian iaitu pekongsi aktif dan pekongsi lelap.
  • Pekongsi aktif dapat mengambil bahagian secara aktif dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Pekongsi lelap pula hanya menyumbang modal tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
  • Perkongsian juga mudah ditubuhkan seperti milikan tunggal, iaitu didaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapat lesen daripada ajlis Kerajaan Tempatan. Ia tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).
  • Perlaksaan perniagaan perkongsian adalah berdasarkan kepadaAkta Perkongsian 1961 atau Ikatan Perkongsian.
  • Lazimnya, perjanjian perkongsian akan dibuat apabila sebuah perkongsian diwujudkan. Perjanjian ini disebut sebagai Ikatan Perjanjian.
  • Antara syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian ialah:

1.    Nama, alamat dan bentuk perniagaan.
2.    Bilangan pekongsi dan namanya.
3.    Jumlah sumbangan modal oleh setiap pekongsi.
4.    Jumlah ambilan yang boleh dibuat oleh pekongsi.
5.    Pembahagian untung atau rugi oleh pekongsi.
6.    Kadar faedah atas modal.
7.    Kadar faedah atas ambilan.
8.    Kadar faedah atas pinjaman daripada pekongsi.
9.    Gaji, elaun, bonus dan faedah lain kepada pekongsi.
10.Tempoh masa kewujudan pekongsian.
11.Bidang kuasa pekongsi.
12.Cara menyimpan akaun.

  • Aktiviti perkongsian adalah dikawal oleh Akta Perkongsian 1961 sekiranya pekongsi-pekongsi tidak membuat sebarang perjanjian.
  • Perkara-perkara yang terkandung dalam akta tersebut ialah:

1.    Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pekongsi.
2.    Faedah sebanyak 8% setahun dibayar atas pinjaman daripada pekongsi.
3.    Tiada faedah dibayar atas sumbangan modal.
4.    Tiada faedah atas ambilan dibenarkan.
5.    Tiada bayaran upah, gaji, elaun atau bonus kepada pekongsi. 
6.    Setiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
7.    Sesiapapun tidak boleh diterima masuk sebagai pekongsi tanpa persetujuan pekongsi yang sedia ada.


Ekuiti Pemilik dan Akaun-Akaun dalam Perkongsian

  • Ekuiti pemilik ialah modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dan juga untung yang dilaburkan semula dalam perniagaan.
  • Bagi perniagaan perkongsian, sumbangan modal oleh pekongsi disebut sebagai ekuiti pemilik.
  • Dari segi catatan perakaunan, catatan urus niaga bagi perkongsian adalah sama seperti perniagaan milikan tunggal. Bezanya adalah dari segi merekod modal dan pembahagian untung rugi.
  • Setiap pekongsi disediakan satu Akaun Modal dan satuAkaun Semasa. Akaun-akaun Modal dan Semasa bagi setiap pekongsi ditunjukkan secara berasingan dalam Kunci Kira-kira.
  • Bagi perkongsian juga, ada satu akaun tambahan yang dinamakan Akaun Pengasingan Untung Rugi.
  • Akaun Pengasingan Untung Rugi ini disediakan selepas intung rugi bersih ditentukan dalam akaun penamat.
  • Akaun Pengasingan Untung Rugi digunakan untuk menunjukkan pembahagian untung rugi antara pekongsi-pekongsi selepas mengambil kira gaji pekongsi, faedah atas modal dan faedah atas ambilan.

       Akaun Modal
  • Setiap pekongsi dalam perkongsian disediakan satu Akaun Modal. Sumbangan modal pekongsi-pekongsi dikreditkan ke dalam Akaun Modal masing-masing
  • Terdapat dua kaedah merekod modal:
1.    Kaedah modal tidak tetap.
2.    Kaedah modal tetap.


   Akaun Semasa
  • Akaun Semasa ialah satu akaun tambahan kepada Akaun Modal. Ia digunakan untuk mencatat segala butir-butir yang akan mengurangkan atau menambahkan modal selain daripada sumbangan modal.
  • Butir-butir yang akan mengurangkan modal ialah apa yang harus dibayar oleh pekongsi-pekongsi kepada perkongsian.
  • Contoh butir-butir yang mengurangkan jumlah modal pekongsi ialah ambilan, faedah atas ambilan dan konsi rugi jika ada. 
  • Butir-butir yang akan mengurangkan jumlah modalnakan didebitkan ke dalam Akaun Semasa dalam kaedah modal tetap.
  • Butir-butir yang menambahkan modal adalah apa yang harus dibayar oleh perkongsian kepada pekongsian.
  • Contoh butir-butir yang menambahkan modal ialah faedah atas modal, faedah atas pinjaman, gaji, bonus dan kongsi untung.
  • Butir-butir yang menambahkan modal akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa.
  • Akaun Semasa yang mempunyai baki kredit menunjukkan perkongsian berhutang kepada pekongsian.
  •  Jika Akaun Semasa mempunyai baki debit, ini bermakna pekongsi berhutang dengan perkongsian.


 Pengiraan dan Cara Merekod 

        Faedah Atas Ambilan

  • Faedah atas ambilan ialah faedah yang dikenakan ke atas jumlah ambilan oleh pekongsi.
  • Faedah ini dikenakan untuk mengurangkan ambilan dikalangan pekongsi kerana ambilan akan mengurangkan modal dalam bentuk tunai atau aset.
  • Maka, Akaun Semasa pekongsi didebitkan dengan jumlah ambilan.
  • Faedah atas ambilan biasanya dikira secara peratus atas jumlah yang diambil.
  • Kadar faedah ke atas ambilan ditentukan dalam perjanjian perkongsian.
  • Walau bagaimanapun, dalam Akta Perkongsian faedah tidak dikenakan atas ambilan.
  • Catatan bergu bagi faedah atas ambilan:
          Dt. Akaun Semasa
                   Kt. Akaun Pengasingan


       Faedah Atas Modal

  • Faedah atas modal ialah faedah yang diberikan ke atas modal yang disumbangkan oleh pekongsi.
  • Kadar faedah ini juga ditetapkan dalam perjanjian perkongsian.
  • Pekongsi adalah tidak berhak menerima faedah atas modal menurut Akta Perkongsian.
  • Faedah atas modal dikira berdasarkan jumlah modal yang disumbangkan pada awal tempoh masa perniagaan.
  • Tujuan: untuk menggalakkan pekongsi menyumbang lebih banyak modal dan menerima lebih ganjaran kerana sumbangan modal.
  • Catatan bergu bagi faedah atas modal ialah:
          Dt. Akaun Pengasingan
                Kt. Akaun Semasa


Muhibah (goodwill) Dalam Perkongsian

  • Muhibah ditakrifkan sebagai keupayaan perniagaan untuk memperolehi keuntungan di masa hadapan.
  • muhibah sesebuah perniagaan mungkin wujud kerana sebab-sebab berikut:

          - tempat perniagaan yang strategik
          - jenis / barangan / perkhidmatan yang terkenal & berjenama
          - cap dagangan dan paten
          - monopoli dan separuh monopoli


1 comment:

  1. According to Stanford Medical, It is indeed the ONLY reason women in this country live 10 years more and weigh on average 19 KG less than we do.

    (By the way, it is not about genetics or some hard exercise and really, EVERYTHING to around "how" they eat.)

    P.S, I said "HOW", and not "WHAT"...

    TAP this link to reveal if this brief questionnaire can help you unlock your real weight loss possibility

    ReplyDelete