Thursday, April 16, 2015

Perakaunan untuk Syarikat



Ciri-ciri Syarikat:


 Jenis Syarikat:



Jenis-jenis Modal Syarikat Berhad





 

   






Rizab

  • boleh didefinisikan sebagai suatu jumlah yang diperuntukkan khas untuk sesuatu tujuan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.
  • Terdiri daripada 2 jenis rizab iaitu:

1.    Rizab Modal
  • rizab modal adalah sebahagian daripada rizab berkanun.
  • oleh itu ia tidak boleh diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen.
  • antara contoh rizab modal ialah premium saham, rizab tebusan modal, rizab penilaian semula aset tetap dan rizab penggantian aset tetap. 

     2.  Rizab Hasil
  • rizab hasil adalah pendapatan terkumpul syarikat yang belum lagi diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen.
  • antara contoh rizab hasil ialah pendapatan tertahan, rizab am dan rizab penyamaan dividen.
 *Persembahan Rizab di Dalam Kunci Kira-kira


Dividen

  • Dividen adalah agihan untung syarikat kepada pemegang-pemegang saham.
  • Ia merupakan pulangan atau hasil kepada pemegang saham.
  • Dividen yang dikeluarkan oleh syarikat boleh dalam bentuk dividen tunai atau diividen saham.

1.    Dividen Tunai
  • dividen tunai adalah dividen yang dibayar kepada pemegang saham biasa dalam bentuk tunai mengikut kadar atau peratus yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau mesyuarat agung tahunan syarikat.
  • bagi pemegang saham keutamaan, kadar dividen adalah tetap.
  • dividen ini dikira berasaskan nilai tara saham.
     
    2.  Dividen Saham


  • syarikat juga boleh mengeluarkan dividen dalam bentuk saham yang diterbitkan kepada pemegang saham secara percuma.
  • pemberian saham ini dikenali sebagai saham bonus.
  • pemberian saham ini tidak melibatkan aliran keluar tunai.
  • bilangan saham yang diterbitkan dinyatakan dalam bentuk nisbah ke atas jumlah unit saham yang dipegang.

No comments:

Post a Comment