Thursday, April 16, 2015

Belanja Tunai & Varians



Belanjawan Tunai
Satu anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi tempoh tertentu.



Fungsi Belanjawan Tunai :
  • Menyediakan maklumat tentang penerimaan, pembayaran dan baki tunai bagi tempoh tertentu.
  • Membolehkan perbandingan dibuat antara pendapatan dan perbelanjaan sebenar dengan yang dianggar.
  • Membantu perniagaan mengawal aliran masuk dan aliran keluar wang mengikut keutamaan serta berjimat cermat.
  • Membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaan.
  • Menjadi panduan kepada institusi kewangan untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman wang.
  • Mengukur keupayaan tunai perniagaan, sama ada mampu atau tidak mampu membayar perbelanjaan dan hutang perniagaan.




     Langkah-langkah menyediakan belanjawan tunai





       
      FORMAT BELANJAWAN TUNAI

Belanjawan Tunai bagi Tempoh ...............

Butir
Januari
Februari
Mac
RM
RM
RM
 A)    Baki awal b/b

      
      Penerimaan

        Modal
        Jualan tunai 
        Penghutang
        Hasil lain

 B)    Jumlah Penerimaan

      Pembayaran

        Belian Tunai
        Pemiutang
        Belanja Am
        Gaji
        Belian Aset Tetap
C)    Jumlah Pembayaran

      Lebihan / (kurangan)
D)   = (B) – (C)

       Baki h/b
E)   = (A) + (D)
   
  

Lebihan            =         Jumlah Penerimaan > Jumlah Pembayaran
     Kurangan         =          Jumlah Penerimaan < Jumlah Pembayaran   
  
      *PENTING
  • Perbelanjaan bukan tunai seperti hutang lapuk dan susut nilai terkumpul tidak termasuk dalam Belanjawan tunai.
  • Baki akhir (h/b) akan menjadi baki awal (b/b) bagi bulan berikutnya.

    Varians:





No comments:

Post a Comment