Pengertian
Perkongsian
- Perkongsian ialah sebuah perniagaan yang dimiliki
oleh sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 20 orang pekongsi.
- Perkongsian
yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti perakaunan, perubatan dan
guaman, bilangan ahlinya boleh mencapai sehingga maksimum 50 orang.
- Dalam
perkongsian, keuntungan atau kerugian akan dibahagikan antara pekongsi
mengikut Ikatan Perjanjian atau Akta Perkongsian 1961.
- perkongsian
berbeza dengan milikan tunggal kerana pemilik perniagaan milikan tunggal
memperoleh semua keuntungan atau menanggung semua kerugian.
- Cukai
pendapatan perseorangan akan dikenakan kepada pemilik tunggal dan pekongsi
atas keuntungan yang diperoleh, kadar cukai adalah berbentuknprogresif
berdasarkan jumlah pendapatan.
- Terdapat
dua jenis perkongsian iaitu perkongsian biasa dan perkongsian berhad.
- Dalam perkongsian
biasa, semua pekongsi akan menanggung liabiliti yang tidak terhad
seperti pemilik milikan tunggal. Harta persendirian boleh dituntut untuk
membayar hutang perkongsian.
- Dalam perkongsian
berhad, pekongsi mempunyai liabiliti terhad di mana mereka hanya
menanggung kerugian setakat modal yang disumbangkan.
- Ada dua
jenis pekongsi dalam perkongsian iaitu pekongsi aktif dan pekongsi lelap.
- Pekongsi
aktif dapat
mengambil bahagian secara aktif dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Pekongsi
lelap pula hanya menyumbang modal tetapi tidak mengambil bahagian
dalam pengurusan perniagaan.
- Perkongsian
juga mudah ditubuhkan seperti milikan tunggal, iaitu didaftar dengan
Pendaftar Perniagaan dan mendapat lesen daripada ajlis Kerajaan Tempatan.
Ia tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).
- Perlaksaan
perniagaan perkongsian adalah berdasarkan kepadaAkta Perkongsian 1961 atau Ikatan
Perkongsian.
- Lazimnya,
perjanjian perkongsian akan dibuat apabila sebuah perkongsian diwujudkan.
Perjanjian ini disebut sebagai Ikatan Perjanjian.
- Antara
syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian ialah:
1. Nama, alamat dan bentuk perniagaan.
2. Bilangan pekongsi dan namanya.
3. Jumlah sumbangan modal oleh setiap pekongsi.
4. Jumlah ambilan yang boleh dibuat oleh pekongsi.
5. Pembahagian untung atau rugi oleh pekongsi.
6. Kadar faedah atas modal.
7. Kadar faedah atas ambilan.
8. Kadar faedah atas pinjaman daripada pekongsi.
9. Gaji, elaun, bonus dan faedah lain kepada pekongsi.
10.Tempoh masa kewujudan pekongsian.
11.Bidang kuasa pekongsi.
12.Cara menyimpan akaun.
- Aktiviti
perkongsian adalah dikawal oleh Akta Perkongsian 1961 sekiranya
pekongsi-pekongsi tidak membuat sebarang perjanjian.
- Perkara-perkara
yang terkandung dalam akta tersebut ialah:
1. Untung atau rugi dibahagi sama rata antara
pekongsi.
2. Faedah sebanyak 8% setahun dibayar atas pinjaman
daripada pekongsi.
3. Tiada faedah dibayar atas sumbangan modal.
4. Tiada faedah atas ambilan dibenarkan.
5. Tiada bayaran upah, gaji, elaun atau bonus kepada
pekongsi.
6. Setiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam
pengurusan perniagaan.
7. Sesiapapun tidak boleh diterima masuk sebagai
pekongsi tanpa persetujuan pekongsi yang sedia ada.
Ekuiti Pemilik dan Akaun-Akaun dalam Perkongsian
- Ekuiti
pemilik ialah
modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dan juga untung yang
dilaburkan semula dalam perniagaan.
- Bagi
perniagaan perkongsian, sumbangan modal oleh pekongsi disebut sebagai ekuiti
pemilik.
- Dari
segi catatan perakaunan, catatan urus niaga bagi perkongsian adalah sama
seperti perniagaan milikan tunggal. Bezanya adalah dari segi merekod modal
dan pembahagian untung rugi.
- Setiap
pekongsi disediakan satu Akaun Modal dan satuAkaun Semasa. Akaun-akaun
Modal dan Semasa bagi setiap pekongsi ditunjukkan secara berasingan dalam
Kunci Kira-kira.
- Bagi
perkongsian juga, ada satu akaun tambahan yang dinamakan Akaun
Pengasingan Untung Rugi.
- Akaun
Pengasingan Untung Rugi ini disediakan selepas intung rugi bersih
ditentukan dalam akaun penamat.
- Akaun
Pengasingan Untung Rugi digunakan untuk menunjukkan pembahagian untung
rugi antara pekongsi-pekongsi selepas mengambil kira gaji pekongsi, faedah
atas modal dan faedah atas ambilan.
Akaun Modal
- Setiap pekongsi
dalam perkongsian disediakan satu Akaun Modal. Sumbangan modal
pekongsi-pekongsi dikreditkan ke dalam Akaun Modal masing-masing
- Terdapat
dua kaedah merekod modal:
1. Kaedah modal tidak tetap.
2. Kaedah modal tetap.
Akaun Semasa
- Akaun
Semasa ialah
satu akaun tambahan kepada Akaun Modal. Ia digunakan untuk mencatat segala
butir-butir yang akan mengurangkan atau menambahkan modal selain daripada
sumbangan modal.
- Butir-butir
yang akan mengurangkan modal ialah apa yang harus dibayar oleh pekongsi-pekongsi
kepada perkongsian.
- Contoh
butir-butir yang mengurangkan jumlah modal pekongsi ialah ambilan, faedah
atas ambilan dan konsi rugi jika ada.
- Butir-butir
yang akan mengurangkan jumlah modalnakan didebitkan ke dalam Akaun Semasa
dalam kaedah modal tetap.
- Butir-butir
yang menambahkan modal adalah apa yang harus dibayar oleh perkongsian
kepada pekongsian.
- Contoh
butir-butir yang menambahkan modal ialah faedah atas modal, faedah atas
pinjaman, gaji, bonus dan kongsi untung.
- Butir-butir
yang menambahkan modal akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa.
- Akaun
Semasa yang mempunyai baki kredit menunjukkan perkongsian berhutang kepada
pekongsian.
- Jika
Akaun Semasa mempunyai baki debit, ini bermakna pekongsi berhutang dengan
perkongsian.
Pengiraan dan Cara Merekod
Faedah Atas
Ambilan
- Faedah
atas ambilan ialah
faedah yang dikenakan ke atas jumlah ambilan oleh pekongsi.
- Faedah
ini dikenakan untuk mengurangkan ambilan dikalangan pekongsi kerana
ambilan akan mengurangkan modal dalam bentuk tunai atau aset.
- Maka,
Akaun Semasa pekongsi didebitkan dengan jumlah ambilan.
- Faedah
atas ambilan biasanya dikira secara peratus atas jumlah yang diambil.
- Kadar
faedah ke atas ambilan ditentukan dalam perjanjian perkongsian.
- Walau
bagaimanapun, dalam Akta Perkongsian faedah tidak dikenakan atas ambilan.
- Catatan
bergu bagi faedah atas ambilan:
Dt. Akaun Semasa
Kt. Akaun Pengasingan
Faedah Atas
Modal
- Faedah
atas modal ialah faedah yang diberikan ke atas modal yang disumbangkan
oleh pekongsi.
- Kadar
faedah ini juga ditetapkan dalam perjanjian perkongsian.
- Pekongsi
adalah tidak berhak menerima faedah atas modal menurut Akta Perkongsian.
- Faedah
atas modal dikira berdasarkan jumlah modal yang disumbangkan pada awal
tempoh masa perniagaan.
- Tujuan:
untuk menggalakkan pekongsi menyumbang lebih banyak modal dan menerima
lebih ganjaran kerana sumbangan modal.
- Catatan
bergu bagi faedah atas modal ialah:
Dt. Akaun Pengasingan
Kt. Akaun Semasa
Muhibah
(goodwill) Dalam Perkongsian
- Muhibah ditakrifkan sebagai keupayaan perniagaan untuk memperolehi keuntungan di
masa hadapan.
- muhibah
sesebuah perniagaan mungkin wujud kerana sebab-sebab berikut:
- tempat perniagaan yang strategik
- jenis / barangan / perkhidmatan yang terkenal & berjenama
- cap dagangan dan paten
- monopoli dan separuh monopoli